Home » Langit Terbuka » Dividen TH dibayar tidak lama lagi

Dividen TH dibayar tidak lama lagi

Tabung Haji telah mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tempoh berkenaan hasil penstrukturan semula syarikat tersebut, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Foto SemakanOnline.com

KUALA LUMPUR – Dividen Tabung Haji akan dibayar tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa hari ini.

“Kita akan umumkan (tapi) bukan di sini. Insya-Allah tidak lama lagi,” katanya di Dewan Rakyat.

Katanya, ini boleh dilakukan kerana Putrajaya berjaya memperbaiki penyata imbangan dengan mengurangkan liabiliti melalui eksesais pemulihan dan pentrukturan.

Mujahid berkata, aset RM19.9 bilion tidak menguntungkan telah dipindahkan menerusi syarikat tujuan khas (SPV), dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd.

“Dengannya, kita berjaya memulihkan penyata imbangan. Sebelum ini, aset kurang daripada liabiliti,” beliau berkata ketika sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta perdana menteri menamakan SPV di bawah Kementerian Kewangan itu berhubung pemindahan aset Tabung Haji.

Beliau juga bertanya sama ada pemindahan tersebut akan menjejas dividen pendeposit.

Mujahid berkata, kerajaan telah merapatkan jurang yang berlaku semasa pentadbiran lalu yang membolehkan dividen dikeluarkan tidak lama lagi.

Semasa pertukaran kerajaan katanya, aset adalah sebanyak RM70.3 bilion, sementara liabiliti dan deposit sebanyak RM74.4 bilion.

Sekarang katanya, defisit adalah RM4.1 bilion.

“Apabila kita ambil alih, kita mahu selamatkan keadaan memandangkan jurang semakin luas. Kita nampak beberapa opsyen,” katanya.

Katanya, kerajaan mahu mengelak daripada menjadi penjamin dan juga tidak mahu mengeluarkan geran.

Katanya, kerajaan memutuskan untuk memindahkan aset kurang berprestasi bagi melindungi kebajikan pendeposit.

“Dengan itu, sebuah SPV diperlukan untuk meletakkan aset tersebut yang kita dipindahkan, termasuk 29 aset, sebuah syarikat yang tidak disenarai dan 106 aset sekuriti domestik,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *