Maal Hijrah: Jauhi hasad dengki, amalan fitnah – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu menitahkan rakyat agar menjauhi perasaan hasad dengki dan amalan fitnah memfitnah. Titah Seri Paduka, rakyat juga hendaklah tidak berfikiran sempit dan negatif kerana sifat dan amalan itu tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. “Beta ingin mengajak seluruh rakyat bersatu […]

LGBT, sekular, komunis tidak mungkin diiktiraf dalam kerajaan perpaduan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan. Bercakap dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 Januari, Anwar berkata perkara itu hanya dibangkitkan oleh pihak […]

Fitnah berleluasa di media sosial – Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat ketika ini semakin berleluasa dan sukar ditangani. Beliau yang meluahkan rasa kesal berkata, kebanyakan aplikasi media sosial diguna bagi menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu. “Alhamdulilah pihak Royal College of Surgeons Edinburgh telah pun […]

Mufti Perlis menang saman fitnah RM150,000

PETALING JAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menang saman yang difailkannya terhadap seorang lelaki di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 28 April atas kenyataan fitnah yang dibuatnya pada 2018. Hakim Ishak Bakri mengarahkan defendan Arunakirinathan Thillainathan membayar ganti rugi RM150,000, selain kos sebanyak RM20,000 kepada Asri yang memfailkan saman fitnah itu […]

Dosa Media Sosial

Khamis antara hari paling sibuk bagi mereka yang tidak menang tangan menyebarkan lawak-lawak lucah gurauan malam Jumaat. Pelbagai gambar tanpa diketahui status sama ada isteri orang, anak dara si polan, ibu kandung individu A beserta dengan dialog jelik ditularkan. Soalannya, jika terkena batang hidung sendiri atau mereka itu adalah darah daging atau saudara mara, sanggupkah […]

Fitnah program pemulihan LGBT, JAKIM buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 3 Ogos membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter Nicole Fong yang didakwa membuat tuduhan atau fitnah tidak berasas terhadap program Mukhayyam kendalian JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya, individu berkenaan telah menyamakan program Mukhayyam tersebut dengan […]

Bahan bacaan digital tanpa sekatan antara cabaran tangani berita palsu

BANGI – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akui pengaruh digital yang ketika ini merupakan satu trend adalah antara cabaran dihadapi Putrajaya dalam menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat. Mahathir berkata, berbeza dengan dahulu, arus digital kini begitu banyak bahan bacaan boleh diperoleh tanpa sekatan, hingga menjadi gelanggang untuk menyebarkan berita palsu dan kandungan yang merosakkan […]

Sabar dalam menerima sesuatu berita tidak benar

PUTRAJAYA – “Gejala fitnah ini sifatnya adalah tidur, tetapi apabila dikejutkan, Allah SWT melaknat orang yang melakukannya,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya, umat Islam perlu menghindarkan diri daripada melakukan dan menyebarkan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan fitnah. “Sebaik-baiknya kita perlu muhasabah diri dan mengambil kecaknaan dan keprihatinan sebenar mengikut […]

Gambar fitnah : Mujahid buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Mujahid Yusof membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook yang didakwa memfitnahnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pemilik akaun laman sosial itu yang menggunakan nama Shamsul Faisal Abdul Wahab telah memuat naik gambar yang disunting dengan meletakkan wajahnya. Menurut Mujahid, beliau yakin pemilik akaun Facebook itu berbuat […]

Kebebasan bersuara bukan peluang tabur fitnah

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan kebebasan bersuara sebagai peluang untuk menabur fitnah terhadap kerajaan. Sambil berkongsi petikan titah Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mengenai kebebasan bersuara ketika menyampaikan Titah Diraja di Parlimen, Isnin […]