KKM mampu kendali vaksin COVID-19 untuk jemaah haji

PUTRAJAYA – Fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengendalikan pemberian vaksin COVID-19 kepada jemaah haji Malaysia jika ibadah haji dibenarkan tahun ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Kerajaan Malaysia masih menunggu kuota haji yang akan diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi. “Sekiranya ibadah haji boleh dilaksanakan tahun ini, jumlah jemaah terbabit adalah antara 30,000 […]

Jemaah haji perlu divaksin

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji pada tahun ini perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti. Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi […]

SOP haji akan dikemaskini

PUTRAJAYA – Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelakkan jemaah […]

Menteri Agama keluar kenyataan beberapa hari lagi

PUTRAJAYA  – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi bagi memperincikan perihal ibadat haji. Beliau dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam beberapa hari sahaja lagi, selepas mengadakan perbincangan tersebut. Zulkifli berkata, beliau berhasrat untuk ke Arab Saudi bagi melihat sendiri tahap […]

Bincang kos haji dengan Arab Saudi

Kuala Lumpur – Sebarang penambahan kos ibadat haji akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pihaknya menjangkakan kenaikan kos dan penambahan syarat berikutan penularan wabak Covid-19. Katanya, unjuran kos juga belum dapat ditentukan pada masa ini kerana belum ada simulasi […]

Kabinet akan putuskan sama ada jemaah kita boleh kerjakan umrah, haji

KUALA LUMPUR – Kabinet akan memutuskan sama ada membenarkan rakyat Malaysia mengerjakan umrah apabila Arab Saudi membenarkan semula pelaksanaan ibadat itu mulai 1 November ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaari, berkata setakat ini belum ada keputusan rasmi sama ada kebenaran akan diberikan kepada jemaah Malaysia mengerjakan umrah dan […]

Kuota haji, umrah antara perkara akan dibincangkan Malaysia-Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Kuota haji tahun depan untuk rakyat negara ini ialah antara perkara akan dibincangkan menerusi Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi Malaysia-Arab Saudi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata perkara lain akan turut dibincangkan ialah jumlah rakyat Malaysia dibenar mengerjakan umrah apabila Kerajaan Arab Saudi membenarkan […]

Malaysia, Arab Saudi tubuh jawatankuasa kukuh kerjasama

PUTRAJAYA  – Malaysia dan Arab Saudi telah bersetuju membentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud akan menjadi pengerusi bersama jawatankuasa itu. Beliau berkata Malaysia dan Arab Saudi bersetuju bahawa […]

OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen, meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain. […]

Arab Saudi lulus permohonan lapan jemaah Malaysia tunai haji

KUALA LUMPUR – Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi terpilih dalam kalangan 1,000 jemaah yang dibenarkan negara itu untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata jemaah berkenaan telah membuat permohonan terus kepada Kerajaan Arab Saudi. “Insya-Allah saya […]