Home » Langit Terbuka » OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial

OIC seru jemaah haji patuhi penjarakan sosial

OIC turut menasihatkan semua jemaah agar memanfaatkan perkhidmatan kesihatan dan peraturan yang disediakan kerajaan Arab Saudi. - Foto Kompas

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta jemaah haji tahun ini memberi komitmen untuk mengamalkan penjarakan sosial demi menjaga kesihatan semua pihak, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef Al-Othaimeen, meminta jemaah haji mematuhi prosedur kesihatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di Arab Saudi untuk melindungi mereka, anggota keluarga dan jemaah lain.

Beliau turut menasihatkan semua jemaah agar memanfaatkan perkhidmatan kesihatan dan peraturan yang disediakan kerajaan Arab Saudi.

Dr Al-Othaimeen menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, yang dipimpin Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota, atas kesungguhan untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini meskipun pandemik COVID-19 sedang melanda.- Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *