Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini

IPOH – Individu bergelar Raja Bomoh akan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini pada Jumaat. Tuduhan ke atas Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin dibuat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam serta Seksyen 16 enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak. […]

Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam

JELI – Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.  Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama […]

Sultan Perak perkenan solat Jumaat di surau seluruh Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan solat Jumaat di Perak turut dibenarkan untuk dilaksana di semua surau yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), bermula Jumaat ini (10 Julai) susulan dari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketua Pegawai Eksekitif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, berkata titah perkenan itu adalah […]

Perak benarkan solat berjemaah 40 orang

IPOH – Semua masjid dan surau di Perak dibenarkan menerima jemaah seramai 40 orang bagi solat fardu dan solat Jumaat mulai esok. Perkara itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin setelah menimbangkan sembah nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan setelah merujuk garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan. Ketua Pegawai […]

Jaipk akan jumpa Iqram

IPOH 10 Jan. – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) akan menemui pelakon, Iqram Dinzly bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu ‘Che Mat’ yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai terlibat bertemu dengan Iqram sebelum meneruskan siasatan lanjut. “Kita maklum akan isu ini selepas pelbagai pihak membangkitkannya […]