Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi

SEMPORNA – Sebanyak 80 buah masjid di sini menerima sumbangan kit kelengkapan sempena penganjuran Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)  yang kini sedang berlangsung hingga 23 Ogos ini. Kit tersebut mengandungi  sejadah,buku buku agama,majalah Dakwah dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Al Quran yang disumbangkan oleh pelbagai agensi agama […]

YADIM sertai ‘operasi’ ATM di Sabah

LABUAN – Angkatan Tentera Malaysia ketika ini sedang melaksanakan Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) di beberapa lokasi terpilih di Sabah dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan antara agensi agama yang turut sama menyertainya. Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan. […]

Yaasin4Aqsa demi pembebasan Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Markas Angkatan Tentera Malaysia melalui Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), melancarkan Program Bacaan Yaasin Sejuta Umat Demi Pembebasan Masjid Al-Aqsa (Yaasin4Aqsa). Program Pra Pelancaran Bacaan Yaasin4Aqsa itu, telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bertempat di Masjid Khalid bin Al-Walid, Kementah. Menurut kenyataan Markas […]