Home » Citra Yadim » Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi

Sumbangan kit masjid sempena Prodaksi

SEMPORNA – Sebanyak 80 buah masjid di sini menerima sumbangan kit kelengkapan sempena penganjuran Program Dakwah Kawasan Operasi (Prodaksi) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)  yang kini sedang berlangsung hingga 23 Ogos ini.

Kit tersebut mengandungi  sejadah,buku buku agama,majalah Dakwah dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta Al Quran yang disumbangkan oleh pelbagai agensi agama yang menyertai Prodaksi tahun ini.

Penyampaian kit masjid disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT, Brigadier Jeneral Dato’ Haji Nawawi Daud.

Kesemua pengerusi pengerusi masjid yang terlibat di Semporna menghadiri majlis ini.

YADIM turut serta dalam majlis ini dan diwakili olh Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramle Daud.

Majlis penyerahan kit ini adalah sebahagian daripada pengisian program YADIM dalam Prodaksi 2019 ini. Selain penyerahan kit ini, badan dakwah ini turut mengadakan bebrapa lagi program pada hari ketiga Prodaksi 2019.

Ia termasuklah program ziarah ke 60 buah rumah asnaf di  sekitar Semporna untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka. Mewakili YADIM ialah Penyelaras YADIM Wilayah, Mohd Firdaus Rusli.

Para peserta pada hari ketiga turut terlibat dalam lawatan ke Kem Tentera Darat di sini.

Prodaksi merupakan operasi tahunan pihak KAGAT, yang pada asalnya disasarkan kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan, namun diperluaskan kepada masyarakat awam di sekitar penempatan tentera.

Selain YADIM, agensi agama Islam lain yang menyertai Prodaksi 2019 ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Restu, Yayasan Taqwa dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *