Melaka kaji tambah jumlah jemaah solat Jumaat

AYER KEROH – Kerajaan negeri sedang meneliti untuk menambahkan bilangan jemaah bagi solat Jumaat di negeri ini yang sebelum ditetapkan hanya 40 orang. Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali, berkata Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersama Pejabat Mufti Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (JAIM) akan memperhalusi perkara berkenaan sebelum ketetapan mengenainya dibuat selewat-lewatnya minggu depan. […]