Asnaf Kampung Kerukan terima sumbangan YADIM Sabah

KUALA PENYU – Seramai 37 asnaf yang memerlukan di Kampung Kerukan di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 29 April. Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki di Masjid Jamek Kampung Kerukan. Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM Sabah.

Sumbangan untuk PPK Kuala Penyu

KUALA PENYU – Sebanyak 100 bakul makanan disampaikan kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Penyu, bertujuan meringankan beban mereka akibat Covid-19 pada 4 Mac oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Turut menyerahkan sumbangan dalam majlis ini ialah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah melalui Pengarahnya, Jais Asri dan sebuah syarikat swasta. Turut hadir Pengerusi PPK […]

Nelayan pesisir pantai disantuni YADIM Sabah

KUALA PENYU – Usaha menyantuni mereka yang terjejas dengan Covid-19 konsisten dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah. Selepas di Kota Belud, program yang sama diadakan di Kampung Lambidan di sini pada 27 Januari. Seramai 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki. Pada hari yang sama, YADIM […]