Home » Citra Yadim » Sumbangan untuk PPK Kuala Penyu

Sumbangan untuk PPK Kuala Penyu

KUALA PENYU – Sebanyak 100 bakul makanan disampaikan kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Penyu, bertujuan meringankan beban mereka akibat Covid-19 pada 4 Mac oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Turut menyerahkan sumbangan dalam majlis ini ialah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah melalui Pengarahnya, Jais Asri dan sebuah syarikat swasta. Turut hadir Pengerusi PPK Kuala Penyu Tan Sri Wences Angang.
Pada 4 Mac juga YADIM menziarahi dan menyampaikan bantuan kepada seorang warga emas yang tinggal sendirian di sini.
Wong Chia Yang 69, tinggal bersendirian di rumah sewa usang sejak ibunya meninggal dunia lima tahun lalu. Mereka sudah menyewa rumah usang ini sejak lebih 20 tahun lalu dgn kadar RM200 sebulan. Wong mendapat bantuan RM500 sebulan dan tiada pekerjaan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *