Tak perlu teruskan persidangan promosi LGBT

BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini meminta pihak berkuasa berkaitan supaya mengambil tindakan bersesuaian terhadap penganjuran persidangan mempromosi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara, Oktober depan. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya berpendirian tegas bahawa program berkenaan tidak perlu diteruskan, memandangkan ia tidak mempunyai rakan […]

Tidak berganjak dengan pendirian terhadap LGBT

PUTRAJAYA – Malaysia tidak berganjak dengan pendiriannya terhadap lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Demikian penegasan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya terhadap kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dikatakan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT seperti Brunei. “Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai negara yang berdaulat dan Islam,” kata […]

Peluk Islam untuk tinggalkan gaya hidup LGBT

PULAU PINANG – Terjebak dengan hubungan sejenis sejak usia 10 tahun, Abdul Maliq Zaidi Wang Jiryun Abdullah, 33, beranggapan dia tidak mungkin akan dapat kembali ke pangkal jalan. Apatah lagi gaya hidup songsangnya itu termasuk sering bertukar pasangan antara lelaki dan perempuan semakin menjadi-jadi ketika menginjak dewasa dan sewaktu menuntut di sebuah kolej komuniti di […]

Program Mukhayyam Jakim bantu LGBT jalani kehidupan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan bahawa program Mukhayyam bersama komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) beragama Islam sebagai inisiatif untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang selari dengan tuntutan syariat. Menurut Jakim, ia berdasarkan pendirian yang diambil oleh jabatan itu berhubung isu LGBT, iaitu tidak bersetuju dengan perlakuan LGBT, namun tidak menafikan […]

Mujahid jawab Marina

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan beliau tidak pernah cuba untuk mengalih isu tuntutan wanita dengan mengecam golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang terlibat dengan perhimpunan Women’s March baru-baru ini. Beliau membalas kritikan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang mendakwa tindakan Mujahid cuba mengalihkan […]

Tindakan langgar norma undang-undang, budaya

KUALA LUMPUR – Pengarah, Jabatan Agama Ialam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail berkata, tindakan sesetengah orang Islam yang menyertai perarakan haram hak Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) baru-baru ini di ibu negara adalah bertentangan dengan norma undang-undang, ajaran agama dan budaya masyarakat Malaysia Beliau berkata, meskipun kerajaan memberi jaminan kepada setiap rakyat akan […]

LGBT cabar Islam: Mufti Pahang

KUANTAN – Tindakan tegas daripada pihak berkuasa perlu diambil terhadap penganjur dan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, perhimpunan itu bertentangan dengan polisi kerajaan, malah bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan juga budaya timur yang menjadi […]

Mana mungkin kita iktiraf perbuatan salah

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof terkejut dengan tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi Islam. Mujahid dipercayai merujuk kepada perhimpunan Women’s March yang turut disertai penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Di dalam perarakan ke himpunan itu, slogan […]