Home » Langit Terbuka » Mana mungkin kita iktiraf perbuatan salah

Mana mungkin kita iktiraf perbuatan salah

Menteridi Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini. - Foto Ikim.fm

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof terkejut dengan tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi Islam.

Mujahid dipercayai merujuk kepada perhimpunan Women’s March yang turut disertai penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Di dalam perarakan ke himpunan itu, slogan ‘Hidup LGBT’ turut dilaungkan peserta

Menurut Mujahid, sebagaimana yang dimaklumkan beliau sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

“Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah disisi agama Islam.

“Mana mungkin kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Malah, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini,” kata Mujahid

Mujahid menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak terhadap peserta terbabit.

Dalam satu himpunan dan perarakan yang diadakan di sini hari ini (9 Mac) penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *