Home » Langit Terbuka » Mujahid jawab Marina

Mujahid jawab Marina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan, beliau menyokong jika perhimpunan wanita digunakan sebagai platform untuk menyuarakan isu wanita seperti penindasan, hak gaji minimum wanita dan sebagainya tetapi bukan perjuangkan LGBT yang jelas bercanggah dengan norma manusia dan agama. - Foto Internet

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan beliau tidak pernah cuba untuk mengalih isu tuntutan wanita dengan mengecam golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang terlibat dengan perhimpunan Women’s March baru-baru ini.

Beliau membalas kritikan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang mendakwa tindakan Mujahid cuba mengalihkan perhatian daripada menangani tuntutan wanita dengan menumpukan pada hanya satu tuntutan sebagai ‘memalukan’.

“Saya menyokong jika perhimpunan wanita itu digunakan sebagai platform untuk menyuarakan isu wanita seperti penindasan golongan itu, hak gaji minimum wanita dan sebagainya tetapi bukan perjuangkan LGBT yang jelas bercanggah dengan norma manusia dan agama.

“Perhimpunan ini telah di ‘hijack’ oleh golongan ini walhal sepatutnya ia boleh jadi platform baik untuk suarakan isu-isu wanita,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Seminar Hari Wanita Antarabangsa di sini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *