Pemandu lori mengaku tak bersalah hina Islam, Melayu di Facebook

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori dari Puchong, Selangor, didakwa menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan memuat naik mesej menghina orang Melayu dan Islam di Facebook, 2 bulan lalu. Karitikesoo Valu, 43, dari Bandar Kinrara, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Januari lalu dengan menggunakan akaun Facebook bernama “Suresh Don Don”. Dia didakwa di bawah Seksyen 233 […]

Mahkamah Khas Perkahwinan lulus Mei ini

KUALA LUMPUR – Kabinet dijangka meluluskan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang ditubuhkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mei ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, proses mengumpul maklum balas kertas cadangan penubuhan mahkamah itu kini dalam peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat. Menurut beliau, ianya […]

Tiga lelaki didakwa hina Nabi Muhammad, Islam

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki didakwa atas 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini berhubung kes menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman sosial. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah, manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan […]

Hina Nabi: Warga emas mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang bertindak biadab serta kurang ajar menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah melalui laman Facebook pada 17 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Wai Foo Sing, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M.M […]

Tiada arahan mahkamah tangguh larangan merokok

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa sehingga kini tiada sebarang arahan daripada mahkamah supaya memberhentikan atau menangguhkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mesej yang sedang ditularkan melalui platform media sosial kepada orang awam yang menyatakan bahawa mahkamah telah memerintahkan larangan merokok di […]

Mahkamah Persekutuan putuskan rayuan kes bin Abdullah minggu depan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis depan untuk menyampaikan keputusan dalam kes rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 2 pihak lagi, sama ada anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukan “Abdullah”. Ketika dihubungi hari ini, peguam Nizam Bashir yang mewakili pasangan suami isteri dan anak mereka dalam rayuan […]