Pelajar universiti didenda RM4,000 kerana hina Nabi di Facebook

KUALA LUMPUR – Padah membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad menerusi akaun Facebook, seorang penuntut universiti didenda RM4,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada 5 Mac. Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Ain Zafira Md Said, 28, selaku orang kena saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan […]

Mahkamah perintah lelaki pijak Al-Quran dihantar ke Hospital Permai

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini pada 18 Februari memerintahkan seorang lelaki yang videonya tular kerana dilihat memijak al-Quran baru-baru ini, supaya dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. Perintah itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A. Rahman selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah. Perintah terhadap Mohd Zulkifli Ali, 33, […]

Langkah beku harta suami culas bayar nafkah perlu disokong

SHAH ALAM – Langkah kerajaan untuk membeku harta milik suami yang ingkar membayar nafkah isteri dan anak selepas bercerai perlu disokong oleh semua pihak. Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri, pembayaran nafkah melalui tindakan undang-undang perlu mendapatkan sokongan semua pihak agar suami peka terhadap tanggungjawab walaupun selepas bercerai. “Perkara ini perlu disokong kerana ia merupakan […]

Terap maqasid syariah dalam perundangan Islam

PUTRAJAYA – Hakim mahkamah syariah perlu memastikan setiap pertimbangan kes yang dikendalikan mereka, mengambil kira aspek maqasid syariah supaya penghakiman yang dibuat lebih adil. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata setiap hakim perlu memantapkan ilmu masing-masing dalam aspek maqasid syariah yang dianggap kunci utama yang melindungi, menyubur dan memantapkan prinsip dan nilai […]

Mahkamah tolak permohonan Sisters in Islam batal fatwa Selangor

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Selangor terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam kes yang difailkan lima tahun lalu. Hakim Nordin Hassan berkata, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengeluarkan fatwa berkenaan berlandaskan enakmen negeri itu. “Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan perkara berkaitan undang-undang […]

Lelaki mengaku tak bersalah bakar kereta mufti Perlis

KANGAR – Peniaga kain dari Baling, Ahmad Mee hari ini (26 Julai) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin pada 22 Mac lalu. Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Mie Tomoi, 49, didakwa melakukan perbuatan itu bersama Azimar Abdul Razak, 36, di kediaman rasmi Asri di sini […]

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia di hospital di sini selepas pengsan ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin, menurut sumber kehakiman dan keselamatan. “Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan pengsan. Dia segera dikejarkan ke hospital yang kemudiannya meninggal dunia,” kata seorang sumber kehakiman. Presiden […]

Kerani ugut tumbuk Mufti Perlis didakwa di mahkamah

KANGAR – Seorang kerani sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini (6 Mei) atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Y. Kumaresan, 36, dari Gelugor, Pulau Pinang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri dengan niat untuk menyebabkan cedera parah dengan cara: “akan punch (tumbuk) […]

Pinda Akta 355 dengan tingkatkan kadar denda maksimum, tempoh penjara

KUALA LUMPUR – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) wajar dipinda dengan sekurang-kurangnya kadar denda maksimum dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM20,000 atau RM50,000 dan tempoh pemenjaraan lebih panjang. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata Mahkamah Syariah tidak akan diperkasa jika tanpa pemindaan akta itu. Beliau berkata, kebanyakan pesalah jenayah […]

Kerajaan mahu pinda Akta 355

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) sebagai langkah dan komitmen negara memperkasa Mahkamah Syariah secara komprehensif. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata antara penambahbaikan dilihat adalah dari segi menaikkan kadar hukuman. Katanya, kerajaan akur bidang kuasa mahkamah berkenaan terbatas dengan peruntukan mengikut Akta […]