Home » Langit Terbuka » Mahkamah Persekutuan putuskan rayuan kes bin Abdullah minggu depan

Mahkamah Persekutuan putuskan rayuan kes bin Abdullah minggu depan

Peguam Nizam Bashir yang mewakili pasangan suami isteri dalam rayuan itu, berkata beliau dimaklumkan mahkamah Selasa lalu, tarikh keputusan ditetapkan pada 22 November ini

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan Khamis depan untuk menyampaikan keputusan dalam kes rayuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan 2 pihak lagi, sama ada anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapanya dan bukan “Abdullah”.

Ketika dihubungi hari ini, peguam Nizam Bashir yang mewakili pasangan suami isteri dan anak mereka dalam rayuan itu, berkata beliau dimaklumkan mahkamah Selasa lalu, tarikh keputusan ditetapkan pada 22 November ini.

Keputusan itu akan disampaikan panel 3 hakim mahkamah tertinggi yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop dan 2 hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Tan Sri Aziah Ali serta Datuk Seri Balia Yusof Wahi.

Rayuan itu pada asalnya didengar panel 5 anggota, tetapi 2 hakim, iaitu bekas ketua hakim negara, Tun Raus Sharif meletak jawatan, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah pula bersara.

Pada 18 Oktober lalu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang dalam panel 7 hakim, membuat keputusan tidak mendengar semula, tetapi baki 3 hakim daripada panel asal Mahkamah Persekutuan akan terus menyampaikan keputusan.

Malanjum berkata, terdapat cukup baki hakim dalam panel sebelum ini yang mendengar dan kemudian menangguhkan keputusan kes rayuan itu.

Pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada satu pasangan dan anak mereka yang memfailkan semakan penghakiman untuk mendesak ketua pengarah JPN menggantikan nama “Abdullah” pada kanak-kanak itu dengan nama bapa kandungnya dalam sijil kelahiran.

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulis 25 Julai 2017 memutuskan nama anak orang Islam yang dilahirkan luar nikah boleh “dibin atau dibinti” nama bapanya, bukannya “Abdullah”.

Mahkamah Rayuan berkata, ketua pengarah JPN tidak terikat fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan nama “dibin atau dibinti” kepada anak luar nikah.

Pada 8 September 2017, Mahkamah Persekutuan membenarkan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah rayuan itu. – Bernama

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *