Tarikh lihat anak bulan Syawal 3 Jun

KUALA LUMPUR  – Tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Isnin, 3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah, menurut kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini (27 Mei). Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam […]

Agong cadang anjur majlis perbincangan perkukuh pentadbiran Islam

MELAKA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhasrat menganjurkan majlis perbincangan antara mufti, pengarah Jabatan Agama Islam dan Ketua Hakim negeri-negeri bagi mengukuhkan pentadbiran institusi agama Islam. Seri Paduka bertitah majlis perbincangan itu mampu menjadi platform bagi pentadbir institusi agama Islam bermuafakat secara lebih konsisten serta memastikan semua aspek pentadbiran itu […]

5 Mei tarikh melihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada Ahad, 5 Mei bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di 29 lokasi. Ia merangkumi: 1. Pontian […]

Malaysia tarik diri sertai Statut Rom

PUTRAJAYA – Malaysia memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja. Jelas Perdana Menteri, bantahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami isi […]

Sultan Pahang dipilih Agong Ke-16, Sultan Perak kekal timbalan

Seri Paduka Baginda

KUALA LUMPUR – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah, hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini. Baginda […]

Majlis Raja-Raja pilih Yang di-Pertuan Agong 24 Januari

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Majlis Raja-Raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi acara Mengangkat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari ini. Penetapan tarikh mesyuarat […]

‘Saya dapat sokongan penuh Majlis Raja-raja’

PARIT BUNTAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan pihaknya menguruskan pentadbiran agama Islam bagi rakyat negara ini bercanggah dengan kepentingan Islam dan saranan Majlis Raja-raja sebagaimana dakwaan segelintir pihak. Sebaliknya, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menegaskan pihaknya kini mendapat sokongan penuh pihak istana dan Majlis Raja-raja bagi […]

1 Ramadhan bermula esok

KUALA LUMPUR 16 Jun – Tarikh 1 Ramadhan yang menandakan umat Islam di Malaysia akan berpuasa bermula esok iaitu pada hari Khamis. Pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah […]

Hudud bukan untuk menghukum

Hari ini merupakan hari bersejarah buat seluruh negara dan negeri Kelantan secara khususnya. Ini kerana hari ini Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) atau lebih mudah difahami iaitu  Rang Undang-Undang berkaitan Hukuman Hudud akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Saya percaya Rang Undang-Undang berkaitan Hudud ini (selepas ini akan disebut RUU Hudud dalam […]

Polemik hukum pelaburan ASB

SUDAH beberapa kali saya menulis artikel dan meletakkan status di Facebook mengenai hukum pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN). Namun masih ramai yang bertanyakan penulis perihal status hukum pelaburan ASB dan ASN ini, memandangkan topik ini antara yang terhangat dibahaskan di alam siber. Pertamanya perlu disebutkan bahawa penulis bukanlah orang yang berkelayakan untuk […]