Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

ALHAMDULILLAH…. Majlis majlis ilmu yang kini semakin kerap dianjurkan di Putrajaya kekal mendapat sambutan sangat menggalakkan. Malam ini di Masjid Putra Putrajaya, dianggarkan lebih 3,000 orang memenuhi Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan. Disempurnakan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, ia merupakan anjuran bersama YADIM, Jabatan […]

Hampir 10,000 sertai solat hajat, zikir bersama PM di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob malam ini (21 Ogos) menyertai hampir 10 ribu jemaah di Masjid Putra di sini untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia. Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 8.24 malam, yang kemudiannya diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Datuk […]

Imam Besar Masjid Putra mohon maaf secara terbuka

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di masjid itu, baru-baru ini.   Ustaz Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi.   Beliau memohon maaf berhubung […]

JAKIM anjur solat hajat untuk Palestin di tiga masjid utama

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat khusus untuk Palestin di tiga masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib esok, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh. Beliau berkata, solat hajat itu sebagai menyahut titah […]

Terharu dapat peluang Solat Jumaat

PUTRAJAYA – Umat Islam sekitar pusat pentadbiran ini, melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Putra di sini, selepas lebih tiga bulan tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan COVID-19. Tinjauan mendapati, jemaah mula berbaris di luar pintu masuk sejak jam 11.30 pagi bagi mendapatkan giliran masing-masing. Jemaah […]

Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, setakat ini tiada lagi penutupan membabitkan mana-mana masjid di Wilayah Persekutuan berikutan ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). Beliau berkata, isu penutupan Masjid Putra di Putrajaya telah pun selesai dan setakat ini beliau tidak mendengar mana-mana masjid yang turut melakukan penutupan […]

Masjid Putra dibuka semula kepada pelawat

PUTRAJAYA – Masjid Putra di sini, yang ditutup kepada lawatan pelancong asing sejak Ahad lepas berikutan kebimbangan terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus, dibuka semula pada kira-kira 2 petang pada 30 Januari. Jurucakap pengurusan masjid itu berkata, para petugas masjid akan mengamalkan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan sebagai langkah keselamatan terhadap jangkitan koronavirus. “Sebelum […]