Home » Langit Terbuka » Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong

Masjid Putra dibuka: Mujahid harap tiada lagi sekatan untuk pelancong

Foreign tourist taking their own picture with the background of Putra Mosque in Putrajaya. Tourist taking the this Chinese New Year public holiday to visit palace of interest around Putrajaya. MOHD SAHAR MISNI/The Star

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, setakat ini tiada lagi penutupan membabitkan mana-mana masjid di Wilayah Persekutuan berikutan ancaman wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Beliau berkata, isu penutupan Masjid Putra di Putrajaya telah pun selesai dan setakat ini beliau tidak mendengar mana-mana masjid yang turut melakukan penutupan tersebut.

Beliau berkata, perkara yang sudah selesai diharapkan selepas ini tiada lagi halangan atau sekatan yang dikenakan terhadap pelancong yang ingin mengunjungi tempat umat Islam beribadat.

“Benda ini tak ada masalah. Kita telah bincangkan, dan kita telah maklumkan bahawa ianya dibuka dengan sebab sudah ada satu mekanisma bagi kita mengenalpasti secara rambang siapa yang dikesan ada virus. itu.

“Maka saya harapkan ia tidak menghalang pihak pelancong luar dari menziarahi masjid kita yang indah.

“Mereka boleh masuk Masjid Putra selagi kes ini berada di bawah kawalan dan tak membahayakan orang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan buku Jenayah dan Hukuman Berdasarkan Undang-undang Islam: Sebuah Tafsiran Segar, di International Institute of Advanced Islamic (IAIS), pada 30 Januari.

Beliau turut menjelaskan bahawa segala hal berkaitan masjid pelancongan yang berada di bawah persekutuan, akan dirujuk kepadanya dahulu.

“Jadi saya akan tahu (sekiranya masih terdapat larangan melawat masjid). Saya perlu tahu kenapa dan mengapa, serta alasan (sekiranya ada lagi penutupan di mana-mana masjid).

“Setakat ini saya tak dengar lagi sebab kita dah keluarkan satu keputusan. Tapi negeri lain saya tak tahu,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Bernama melaporkan Masjid Putra hanya akan dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan sembahyang, dan ditutup kepada pelancong asing. – Malaysia Dateline

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *