Home » Citra Yadim » Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

ALHAMDULILLAH…. Majlis majlis ilmu yang kini semakin kerap dianjurkan di Putrajaya kekal mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Malam ini di Masjid Putra Putrajaya, dianggarkan lebih 3,000 orang memenuhi Majlis Perasmian & Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan.

Disempurnakan oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, ia merupakan anjuran bersama YADIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dengan kerjasama beberapa lagi agensi dan rakan rakan badan bukan kerajaan.

Kemuncak program ialah menyampaikan syarahan ilmu Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1445H, Mufti Besar India Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad sebelum beliau menerima lantikan sebagai Profesor Adjung, Institut Peradaban Islam Antarabangsa, Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Felo Kehormat, Institut Kepimpinan Strategik Tun Ghazali Shafie.

Terdahulu, Penasihat Agama Presiden Mesir, Sheikh Usamah Sayyid Al Azhari turut memberi perkongsian ilmu dalam majlis yang sama.

Pada sebelah petang, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Haji Abdullah telah memberi syarahan pengenalan Penghayatan Sahih Al-Bukhari

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin turut hadir ke majlis ini bersama ketua ketua agensi lain.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *