Sembilan jemaah meninggal di Tanah Suci

MEKAH – Seramai sembilan jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini dengan kematian terbaharu dilaporkan membabitkan seorang jemaah wanita semalam (11 Ogos). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, Allahyarham Faridah Abdul Altif, 65, dari Pahang itu meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan ibadat melontar di jamrah. Jemaah […]

Abang Raja Salman meninggal dunia

RIYADH – Abang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun. Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud ialah anak ke-10 pengasas monarki negara Arab namun tidak aktif berpolitik. Berita kematian Putera Bandar disahkan agensi berita Saudi Press pada Ahad. Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan […]

Ismail Yaacob, jemaah haji kedua meninggal dunia

MAKKAH – Ismail Yaacob, 67, jemaah haji dari Cherang Ruku, Kelantan meninggal dunia di Hospital King Faisal di sini, petang kelmarin, akibat kegagalan jantung dan paru-paru yang disebabkan oleh serangan jantung. Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata Ismail, jemaah haji kedua Malaysia meninggal dunia, dimasukkan ke klinik kecemasan di penginapannya […]

Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia di hospital di sini selepas pengsan ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin, menurut sumber kehakiman dan keselamatan. “Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan pengsan. Dia segera dikejarkan ke hospital yang kemudiannya meninggal dunia,” kata seorang sumber kehakiman. Presiden […]

Khatib meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat

ALOR SETAR – Khatib Masjid Al-Bukhary di Jalan Langgar di sini, Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim, 68, dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat hari ini. Eksekutif Kanan Masjid Al Bukhary, Abdul Rahman Yaacob, 42, ketika ditemui berkata, Allahyarham tiba-tiba rebah dan kejadian itu dirakamkan oleh beberapa jemaah. Beliau berkata, jemaah masjid yang merupakan […]

Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subuh

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi. “Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan […]

Ustaz Abu Hassan Din telah tiada

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad. “Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan […]

Muhammad Adib, semoga tenang di sana…

KUALA LUMPUR – Selepas 20 hari bertarung nyawa, pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya meninggal dunia 9.41 malam tadi. Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia […]