Home » Langit Terbuka » Muhammad Adib, semoga tenang di sana…

Muhammad Adib, semoga tenang di sana…

Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, dalam satu kenyataan memaklumkan, Pegawai Bomba, Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 malam - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Selepas 20 hari bertarung nyawa, pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya meninggal dunia 9.41 malam tadi.

Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan berkata, dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” katanya.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat bagi penghormatan terakhir dalam masa terdekat.

Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Dia dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira 1 pagi, sebelum dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya. Al Fatihah…

– Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *