Home » Langit Terbuka » Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subuh

Ustaz Abu Hassan Din terjatuh sewaktu mahu solat Subuh

Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi. - Foto Utuan Malaysia

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

“Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan ketika ambulans sampai dah cuba buat bantuan kecemasan (CPR) sampai ke hospital.

“Tempoh CPR selama sejam (tetapi) tiada apa-apa kesan. Kemudian doktor berhenti (CPR) dan hampir pukul 7.30 pagi, doktor isytihar dia meninggal dunia,” katanya.

Menurut Mohamad Yusri, dia kini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk urusan membawa pulang jenazah.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Muda dan setelah itu akan dibawa ke Masjid Saidina Hamzah di kampung yang sama untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

“Seterusnya jenazah dibawa untuk dikebumikan di kawasan perkuburan berhampiran.

“Insya-Allah secepat mungkin, kalau sempat sebelum Zohor (dikebumikan),” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *