Keputusan Saudi gantung visa umrah kerana Covid-19 tidak perlu dipertikai

PETALING JAYA – Keputusan Arab Saudi menggantung sementara visa umrah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 tidak seharusnya dibantah mana-mana pihak kerana ia untuk kebaikan bersama, kata Mufti Pahang Abdul Rahman Osman. Abdul Rahman berkata, adalah lebih baik dan bermanfaat sekiranya jemaah dari Malaysia tidak menunaikan ibadah umrah buat seketika kerana wabak itu menjejaskan beberapa negara, […]

‘Haziq mati syahid’ – Mufti Pahang

KUANTAN  – “Kematian Allahyarham Muhammad Haziq adalah tergolong dalam mati syahid akhirat kerana ia berlaku secara tiba-tiba ketika dia berada di dalam masjid. “Walaupun ia bukan syahid kerana berperang, itu tetap dikira syahid dan kita doakan dia bersama syuhada di sisi Alah SWT,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. Menurutnya, jenazah Muhammad […]

LGBT cabar Islam: Mufti Pahang

KUANTAN – Tindakan tegas daripada pihak berkuasa perlu diambil terhadap penganjur dan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara. Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, perhimpunan itu bertentangan dengan polisi kerajaan, malah bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan juga budaya timur yang menjadi […]

Syiah kekal fahaman menyeleweng

KUANTAN – Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa tiada semakan mahupun peluang seharusnya diberikan terhadap penyebaran ajaran Syiah di negara ini. Menurutnya, fahaman kelompok itu jelas bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi asas masyarakat Islam di negara ini. “Kita tidak perlu tunduk kepada sebarang desakan seperti menyuruh […]