Agong, Raja Permaisuri selesai kuarantin, bebas Covid-19

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selesai menjalani kuarantin diri selama 14 hari dan disahkan bebas Covid-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat […]

Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia, ketika ini. Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang menzahirkan kebimbangan berikutan pengesanan empat […]

Hargai Jawi, tak perlu jadi Islam, kata permaisuri

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempertahankan kenyataannya yang memuji keindahan tulisan Jawi dan kesenian Islam selepas “ditegur” salah seorang pengikutnya di Twitter. Tuanku Azizah berkata sesiapa pun boleh menghargai dua perkara itu tanpa perlu menukar agama menjadi Islam. “Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan […]

Maulidur Rasul 1441 Hijrah peringkat kebangsaan Sabtu ini

KUALA LUMPUR — Majlis sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah/2019 peringkat kebangsaan, akan diadakan pada Sabtu ini (9 November) di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 7 pagi. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata 8,000 peserta terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar […]

Permaisuri Agong berkenan berangkat ucap selamat jalan pada jemaah haji

SEPANG – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Kompleks Tabung Haji (TH) Sepang di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada 483 jemaah haji yang akan berlepas ke Tanah Suci, petang ini. Keberangkatan tiba baginda di kompleks itu pada 10.30 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. […]

Agong, Permaisuri titah Aidilfitri kepada seluruh rakyat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia. “Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami berdua,” titah Seri Paduka Baginda dalam ciapan Twitter milik Raja Permaisuri Agong.- Utusan […]

Istana Negara umum nama rasmi Agong dan Permaisuri

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan penggunaan nama rasmi Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan penggunaan nama rasmi Yang di-Pertuan Agong adalah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah […]