Pemaju diarah selesai isu lampu bentuk salib di kondo P Pinang, kata exco

GEORGE TOWN – Pemaju sebuah kondominium di Jelutong yang mencetuskan kontroversi awal tahun ini berhubung lampu berbentuk salib diarah menyelesaikan isu itu bagi mengelakkan sensitiviti agama, kata seorang exco di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini (30 April). Gambar Grace Residence setinggi 44 tingkat berhampiran Jalan Ahmad Nor, menunjukkan lampu berbentuk salib tersebar Januari lalu. […]

Kadar zakat fitrah Pulau Pinang kekal RM7

KEPALA BATAS – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri ini kekal RM7 seorang tahun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, perkiraan harga zakat fitrah itu adalah berdasarkan kepada harga beras semasa di pasaran yang mengalami turun naik harga. “Jangkaan […]

Zakir Naik tak boleh ceramah kerana tiada tauliah, kata jabatan agama P Pinang

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) berkata Dr Zakir Naik tidak boleh menyampaikan ceramah terbuka di Pulau Pinang pada Jun ini kerana penceramah itu tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri. Pengarahnya Zulkifli Long berkata, sesiapa yang mahu berceramah mengenai Islam mesti mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama. Beliau […]

Pulau Pinang bina hospital konsep zakat, wakaf

GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan pembinaan hospital Islam berkonsepkan wakaf dan zakat yang pertama di wilayah utara. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) itu akan dibina di Bayan Baru di sini, dengan kos keseluruhan RM250 juta. Pembinaan hospital dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau […]

Paderi Malaysia tak setuju salib besar

KUALA LUMPUR – Penasihat Association of NextGen Christian of Malaysia (ANCOM), Jason Leong dalam program ‘Sila Duduk Jangan Lari’ TV Alhijrah menyatakan lambang salib besar yang dibuat di Pulau Pinang adalah ‘tidak perlu’. “Di Malaysia, kita memang tahu apa sensitiviti bangsa dan kaum yang lain, kami peka, dan kami tidak akan membuat perkara sedemikian. “Perlukah […]

Jangan sensasikan isu salib, serah kepada kerajaan Pulau Pinang selesaikan

KUALA LUMPUR – Isu bangunan perumahan yang didakwa memaparkan lambang salib di Jelutong, Pulau Pinang tidak seharusnya disensasikan kerana ia perlu diselesaikan secara berhemah antara pihak pemaju dan kerajaan negeri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit sudah mengambil tindakan manakala Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri […]

Imej salib: Mujahid belum terima laporan rasmi

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata beliau belum menerima laporan rasmi berhubung isu paparan lambang salib di Grace Residence, Jelutong, Pulau Pinang. Menurutnya, beliau sudah berhubung dengan pihak Mufti Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung perkara itu dan berharap ia akan diterima secepat mungkin. Beliau berkata, isu paparan salib […]