Home » Langit Terbuka » Zakir Naik tak boleh ceramah kerana tiada tauliah, kata jabatan agama P Pinang

Zakir Naik tak boleh ceramah kerana tiada tauliah, kata jabatan agama P Pinang

Pengarah JAIPP berkata, Zakir Naik mesti mempunyai tauliah terlebih dahulu daripada pihak berkuasa agama di negeri itu jika mahu berceramah. - Foto TodayOnline

GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) berkata Dr Zakir Naik tidak boleh menyampaikan ceramah terbuka di Pulau Pinang pada Jun ini kerana penceramah itu tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri.

Pengarahnya Zulkifli Long berkata, sesiapa yang mahu berceramah mengenai Islam mesti mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama.

Beliau memberitahu FMT bahawa Naik boleh memohon tauliah dengan membayar sedikit yuran.

Zulkifli menjelaskan perkara itu selepas Majlis Bandaraya Pulau Pinang dilapor enggan membenarkan satu ceramah umum oleh Naik pada 14 Jun ini di Stadium Bandaraya.

Beliau berkata tauliah diberi mempunyai 6 syarat, antaranya tidak mengajar sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan tidak menyakitkan hati penganut agama dan budaya lain.

Sementara itu, Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, yang merancang untuk menganjurkan acara Naik di Pulau Pinang memberitahu ceramah umum itu telah ditunda.

Mereka enggan mengulas lanjut. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *