Home » Langit Terbuka » Jangan sensasikan isu salib, serah kepada kerajaan Pulau Pinang selesaikan

Jangan sensasikan isu salib, serah kepada kerajaan Pulau Pinang selesaikan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata. kerajaan negeri Pulau Pinang sudah mengambil tindakan manakala Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga mengeluarkan maklum balas berkaitan isu bangunan berkenaan. - Foto The Star

KUALA LUMPUR – Isu bangunan perumahan yang didakwa memaparkan lambang salib di Jelutong, Pulau Pinang tidak seharusnya disensasikan kerana ia perlu diselesaikan secara berhemah antara pihak pemaju dan kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit sudah mengambil tindakan manakala Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga mengeluarkan maklum balas berkaitan.

“Isu itu membabitkan soal bangunan dan ia jelas adalah urusan kerajaan negeri namun di pihak Kerajaan Persekutuan, tindakan yang mereka (kerajaan Pulau Pinang) ambil dikira sudah mencukupi.

“Jadi, saya nasihatkan kepada semua pihak supaya jangan sensasikan isu terbabit hingga membawa perkara-perkara lain yang boleh menimbulkan kepada kebencian.

“Kita kena berlaku adil dan pihak pemaju juga perlu sensitif dengan isu-isu berkaitan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan serta program Masjid Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat ( RAHMAH) di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Mujahid mengulas mengenai perkembangan isu bangunan perumahan, Grace Residence, di Jelutong yang didakwa memaparkan gambar salib hingga menjadi kontroversi dan tular di media sosial. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *