Jalinan dakwah Malaysia – Singapura

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dijemput untuk meneroka dan menjalin hubungan  yang lebih erat dengan badan badan dakwah di Singapura selepas ini menerusi pelbagai pendekatan. Pengarah Urusan MZ Academy, Muhd Zuhaili Sabudin berkata, terdapat peluang yang begitu besar bagi tujuan berkenaan di Singapura, memandangkan masih ramai golongan Muslim di republik itu yang kekurangan […]

Penerangan menyeluruh Gagasan Rahmatan Lil Alamin pada akhir tahun

KOTA BHARU – Penerangan mengenai Gagasan Rahmatan Lil Alamin yang bakal menjadi dasar negara, disasarkan sampai secara menyeluruh kepada masyarakat, akhir tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata dalam tempoh setahun usaha ke arah itu, penerangan berkenaan kini sudah mencapai 50 peratus. Beliau berkata, peratusan itu meliputi hasil interaksi […]

Malaysia pupuk nilai Islam menerusi Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah

KUALA LUMPUR – Malaysia memupuk kebudayaan dan nilai-nilai Islam menerusi mesej rahmatan lilalamin dan maqasid syariah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. “Ia diterjemahkan menerusi tindakan seseorang dan personaliti hebat, yang sekaligus akan membentuk model negara Islam berbilang kaum yang boleh diteladani dunia luar,” katanya semasa berucap di majlis Tilawah dan Menghafaz […]

Gagasan ‘rahmatan lil alamin’ pendekatan kerajaan untuk wujudkan negara rahmah

ALOR SETAR – Gagasan ‘rahmatan lil alamin’ adalah satu pendekatan besar yang dibawa oleh pihak kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara ‘rahmah’, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata pendekatan itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama […]

Rahmatan Lil Alamin dasar baharu pentadbiran Malaysia

Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan (MKI) telah mempersetujui konsep Rahmatan lil Alamin sebagai dasar baharu dalam pentadbiran Islam di negara ini. Perkara ini dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang berkata, pada masa ini, langkah seterusnya ia perlu dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan kabinet. “Dalam mesyuarat hal […]

Rahmatan Lil Alamin’ dan Maqasid Syariah sesuai untuk model Malaysia

KUALA LUMPUR – Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ yang dipraktiskan kerajaan mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurut baginda, usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan Rahmatan-Lil-Alamin dilihat sesuai dengan konsep negara negara Islam berbilang kaum. “Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam […]

Konsep ‘rahmatan lil alamin’ baik tapi dirompak pihak tertentu

IKIM

KUALA LUMPUR – Pendekatan ‘rahmatan lil alamin’ adalah cukup baik tetapi ia “dirompak” oleh pihak yang mempunyai kepentingan tertentu, kata Dr Mujahid Yusof. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, konsep itu diketengahkannya bagi menjawab radikal Islam. Bahkan katanya, pendekatan itu bukanlah perkara baru, sebaliknya mencontohi Rasulullah SAW dalam usaha menyebarkan dakwah. “(Konsep) Rahmatan Lil […]