Bayar zakat dalam talian

Kuala Lumpur – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan kempen Ramadan Penuh Makna sebagai galakan kepada masyarakat untuk menunaikan zakat harta dan fitrah. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, zakat merupakan salah satu kewajipan bagi menyucikan jiwa dan wang tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir miskin membuat persiapan Aidilfitri. […]

Edaran Bubur Lambuk YADIM Kelantan

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketiga dengan yang terbaharu diadakan di Dataran Machang pada 17 April. Sebanyak 450 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Rakan Siswa YADIM (RSY) Kelantan. Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Pengerusi RSY Kelantan, […]

Khatam Al Quran Muslimat SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi daripada menganjurkan  aktiviti Ramadan ini. Terbaharu anggota muslimat pasukan itu bersama Muslimat Surau Haji Mansur di sini telah mengadakan program Khatam Al Quran yang bertempat di Surau Haji Mansur. Program ini dihadiri oleh Ustaz Khusnaini bin Mongin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang juga […]

Tadarus Al Quran SAY Kuala Selangor

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Selangor bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Muslimat Masjid Taufikiah Kampung Parit 4 di daerah tersebut mengadakan Tadarus Al Quran selama empat hari bermula 11 hingga 14 April. Majlis Khatam Al Quran pada 14 April turut dihadiri Pengerusi SAY Kuala Selangor, Puan Asmah Husin. Para peserta menerima sedikit cenderahati daripada SAY Kuala Selangor […]

Iftar saudara kita bersama MACMA Kelantan

KOTA BHARU – Bertempat di pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan di sini, telah diadakan program Iftar Bersama Saudara Kita pada 14 April. Program bersama YADIM Kelantan ini dihadiri seramai 65 orang saudara kita daripada kalangan ahli ahli MACMA di negeri ini. Ia dimulakan dengan tazkirah daripada Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, sebelum […]

Santuni banduan akhir Penjara Kajang dan Sungai Buloh

KAJANG – Assalamualaikum Tuan…. Dari jauh kami disapa oleh mereka. Sopan dan teratur mereka duduk menanti kehadiran kami sebagai tetamu. Langsung tidak kelihatan sebarang riak sedih. Namun bak kata hikmah, jangan diukur hati pada riak wajah. Para banduan akhir ini yang sedang menanti hukuman ketika program kami menyantuni mereka ini jelas tampak sabar. Dengan penuh […]

Keluarga mangsa kebakaran terima sumbangan YADIM Kelantan

KOTA BHARU – Hampir tiada yang tinggal….. Demikian kejadian malang yang menimpa keluarga seorang tukang rumah, Encik Rozali Ismaik di sini apabila kediamannya musnah dalam satu kejadian kebakaran pada 5 April lalu. Selain kehilangan rumahnya, sebuah kereta dan dua motosikal turut hangus dalam kejadian itu. Insiden malang ini pastinya memberi kesan kepada mereka Ramadan ini […]

Ihya’ Bulan Ramadhan Pusat Latihan KADA Melor

KOTA BHARU – Kerjasama YADIM Kelantan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam program Ihya Bulan Ramadan kini memasuki siri ketiga. Program pada 12 April ini telah berlangsung di Pusat Latihan KADA, di sini yang disertai seramai 40 pegawai dan kakitangan KADA. Kali ini penceramah bebas, Ustaz Mohamad Ayob telah dijemput memberikan pengisian. Mewakili YADIM […]

Sumbangan untuk warga SK Kolam

BACHOK – YADIM Kelantan bekerjasama dengan pelbagai pihak sebagai antara inisiatif menyantuni mereka yang memerlukan di negeri ini. Terbaharu pada 11 April, mereka bekerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan, Dhomir.com menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan Kolam di sini. Seramai 60 pelajar menerima sumbangan zakat (beras dan wang tunai RM50) yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif badan […]

SAY Kuala Langat terus prihatin

KEBUN BHARU – Memasuki hari ke 8 Ramadan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala langat terus bergerak aktif menyantuni masyarakat setempat dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur,buah kurma dan sedikit wang tunai kepada anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas. Tidak ketinggalan disantuni ialah sebuah keluarga lima beradik Orang Kelainan Upaya(OKU) di sini. Program pada 10 April […]