Ceramah Nuzul Al-Quran Sempena Majlis Khatam Al-Quran Kolej Vokasional Kuantan

KUANTAN – Kolej Vokasional Kuantan telah melaksanakan program tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan yang melibatkan para pelajar dengan bimbingan 5 orang guru. Satu majlis khatam Al-Quran diadakan pada 27 April bertempat di Dewan Inovasi Kolej Vokasional Kuantan bagi meraikan para pelajar dan guru bimbingan tadarus tersebut. Bersempena majlis khatam ini, diadakan juga slot ceramah Nuzul […]

Edaran Bubur Lambuk di Pasar Besar Tanah Merah

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketujuh dengan yang terbaharu diadakan di hadapan Pasar Besar Tanah Merah pada 27 April. Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Tanah Merah. Turut diedarkan kepada orang ramai pelekat ‘Jom Ke Masjid’ sebagai kempen […]

Ceramah motivasi SMA Al Khairiah

PADANG TERAP – Semangat dan motivasi untuk terus berjaya perlu sentiasa ada dalam diri pelajar walaupun berada dalam bulan Ramadan yang penuh dengan ujian lapar dan dahaga. Sehubungan dengan itu, YADIM Negeri Kedah telah mengadakan Ceramah Motivasi berjaya YADIM Kedah di Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Pedu, di sini pada 25 April 2022. Ceramah motivasi […]

YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′

KUBANG PASU – Seramai 32 mualaf dari Changloon, Jitra dan Alor Setar diraikan dalam majlis berbuka puasa di sini hari ini. Program anjuran bersama gabungan sahabat baan bukan kerajaan negeri Kedah antaranya Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kubang Pasu, Dhuafa’ Sejahtera, Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA) negeri Kedah, Majlis […]

VIDEO MUZIK HARI RAYA BERUNSUR LGBT CEMAR KESUCIAN RAMADAN

YADIM ingin menyatakan kekesalan atas penyebaran video muzik hari raya seorang usahawan kosmetik terkenal baru-baru ini. Video muzik yang secara jelas mempromosi budaya songsang LGBT tersebut bukan sahaja menganggu sensitiviti rakyat di negara ini bahkan lebih parah dari itu telah mencemarkan kesucian Bulan Ramadan yang telah memasuki fasa 10 malam terakhir kini. Tumpuan umat Islam […]

Edaran juadah di Warung Makan Sahabat

GELANDANGAN merupakan salah satu sasaran dakwah YADIM sejak dahulu lagi. Ramadan ini, YADIM meneruskan kerjasama dengan pelbagai rakan badan bukan kerajaan menyantuni mereka di ibu kota. Pada 21 April lalu, Majlis Amal Islami Malaysia melalui kerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan di Warung Makan Sahabat di Kuala Lumpur, sebanyak 500 pek nasi berlaukkan […]

Majlis Khatam, Iftar Perdana dan Penyerahan Watikah RSY

BANGI – Ramadan ini terus diisi Rakan Siswa YADIM (RSY) dengan pelbagai pengisian bermanfaat. Bertempat di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di sini pada 21 April telah diadakan sesi khatam Al-Quran, Penyerahan Watikah kepada Pimpinan RSY dan Penasihat RSY serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakansepanjang Ramadan. Penyerahan watikah perlantikan RSY dan […]

YADIM Negeri Sembilan, AADK Seremban santuni OKP

YADIM Negeri Sembilan turut tidak ketinggalan menyantuni masyarakat di negeri itu pada Ramadan kali ini. Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Seremban, mereka menyantuni seramai 70 Orang Kena Pengawasan (OKP) di sekitar Seremban pada 22 April. Program dimulakan dengan ceramah mengenai kekeluargaan daripada wakil AADK sebelum sumbangan disampaikan. Mewakili YADIM dalam program yang diadakan di […]

Sumbangan Musa’adah,berbuka puasa bersama mualaf dan bedah buku oleh YADIM Pahang

TEMERLOH – YADIM Pahang mengisi Ramadan kali ini dengan pelbagai program bersama masyarakat yang diadakan setiap hari. Pada 22 April mereka mengadakan majlis tazkirah dan penyampaian sumbangan musa’adah kepada 10 orang muallaf dan asnaf. Sesi tazkirah turut disertai bersama oleh para pelajar Maahad Tahfiz Faqeh. Program ditutup dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama para peserta, […]

Iftar Bersama Penghuni Penjara Wanita Kajang

KAJANG – Komuniti penjara sentiasa dekat dengan YADIM. Badan dakwah ini saban masa mengadakan kerjasama dengan mereka dalam menyantuni penghuninya. Ramadan kali ini beberapa kali penghuni penjara disantuni YADIM menerusi pelbagai pendekatan. Terbaharu, Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA) dengan kerjasama pelbagai pihak telah mengadakan majlis Iftar Bersama Penghuni Penjara Wanita Kajang pada 22 April. Bukan […]