Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat terus prihatin

SAY Kuala Langat terus prihatin

KEBUN BHARU – Memasuki hari ke 8 Ramadan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala langat terus bergerak aktif menyantuni masyarakat setempat dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur,buah kurma dan sedikit wang tunai kepada anak-anak yatim,ibu tunggal dan warga emas.

Tidak ketinggalan disantuni ialah sebuah keluarga lima beradik Orang Kelainan Upaya(OKU) di sini.

Program pada 10 April ini dilaksanakan sekitar Kampung Sijangkang, Kampung Medan, Kampung serta Taman Pahlawan di sini. Seramai 20 keluarga telah disantuni oleh SAY Kuala Langat.

Hadir dalam program ini ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin, Setiausaha SAY Kuala Langat Hanizah Sumiri serta ahli jawatankuasanya Rasid Yusof dan Zaleha Mokhtarom.

Program kali ini menerima tajaan daripada penduduk setempat yang prihatin, En Razimi Haji Ahmad dan isterinya Norsiah Haji Mahat.

SAY Kuala Langat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan untuk diagih-agihkan kepada masyarakat yang memerlukan sepanjang Ramadan ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *