Musa’adah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan Siri 3

MACHANG – Siri menyantuni pemandu bas dan van sekolah di negeri ini diteruskan dengan siri ketiga oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Pada 18 Februari seramai 39 pemandu dari daerah Machang dan Pasir Puteh menerima bantuan berupa barangan makanan asas. Agihan telah dilaksanakan di perkarangan Masjid Pangkal Meleret, Machang. Hadir ke acara ini adalah […]

Musaadah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

TUMPAT – Selepas Bachok dan Kota Bharu, hari ini (17 Februari) giliran para pemandu bas sekolah di kawasan ini dan Tanah Merah menerima bantuan menerusi program Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan. Agihan pertama dilakukan di Pantai Geting di sini apabila seramai 22 pemandu disantuni menerusi pemberian barangan […]

Musaádah Pemandu Bas dan Van Sekolah Kelantan

KOTA BHARU – Sekolah masih belum dibuka, tetapi perbelanjaan untuk penyelenggaraan bas dan van tetap perlu dikeluarkan. Tanpa pelanggan (pelajar sekolah),bagaimana pula hendak mendapatkan sumber pendapatan. Demikian dilema dihadapi pemandu bas dan van sekolah seluruh negara. Mereka kini berdepan dengan cabaran mengekalkan perniagaan mereka, walaupun masa depannya masih kelam ekoran Covid-19 yang masih berleluasa. Cakna […]

Buka tadika dan sekolah secara berperingkat : ABIM

SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada sekolah rendah dan menengah untuk dibuka secara berperingkat mulai Julai untuk semua tahap murid susulan kebenaran beroperasi sepenuhnya taska. Naib Presiden ABIM (Pendidikan, Kebudayaan dan Kenegaraan), Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim berkata, keadaan itu sudah tentu memerlukan […]

Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’

RENGIT – Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Mulia Rengit di sini, seramai 120 pelajar sekolah ini telah menyertai program Ceramah Motivasi Pelajar Rahmah ‘Zero To Hero’ pada 18 Februari. Disampaikan oleh Daie Daie Azamuddin Zainal, ia bertujuan membina sahsiah jati diri ke arah yang lebih baik serta sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang positif. Program […]

Pendidikan percuma untuk asnaf, OKU seawal 2020

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menyediakan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi untuk golongan memerlukan seawalnya tahun depan. Menurut jawapan parlimen bertarikh 3 Julai, Kementerian Pendidikan akan memulakan pendidikan percuma di pusat pengajian tinggi awam untuk sebilangan orang kurang upaya (OKU) dan golongan asnaf yang akan dikenal pasti. “Terkini, Kementerian Pendidikan sedang melihat keupayaan […]

SMA-MAIWP Kuala Lumpur catat peningkatan A dalam SPM

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP), di sini mencatatkan peningkatan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 apabila empat daripada 168 calon memperoleh 11A, diikuti 11 calon (10A) dan 13 calon (9A). Bagaimanapun dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), ia menunjukkan penurunan daripada 2.66 kepada 2.74 berbanding tahun lalu […]

Keputusan STPM 2018 diumum 11 Mac

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan dikeluarkan pada 11 Mac ini. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai pukul 12 tengah hari. “Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos,” katanya dalam satu kenyataan […]

Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah

KUALA LUMPUR – Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan. Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan. Presiden Persatuan Doktor Islam […]

Dr M keluh sekolah kebangsaan lebih tekankan agama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi mengeluh sekolah kebangsaan lebih tekankan mata pelajaran agama, menyebabkan lepasan sekolah kurang mengetahui pelajaran yang berguna untuk pekerjaan. Berucap kepada alumni Kolej Sultan Abdul Samad malam tadi, Dr Mahathir berkata mutu pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan menurun, antaranya kerana kualiti guru dan kurikulum yang gagal […]