Sabah selaras program dan dasar Islam

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam dalam langkah menyelaraskan program serta dasar berkaitan agama Islam di negeri ini. Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa terbabit juga mampu mengukuhkan usaha menyelaras semua aktiviti hal ehwal Islam seperti dakwah serta pendidikan di antara agensi negeri dan persekutuan. […]

MURTADKAN ISLAM: YADIM SEDIA KERJASAMA DENGAN NGO BERI PENJELASAN DAN TINDAKAN

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyambut baik ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat  Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam isu memurtadkan penganut Islam seperti yang sedang tular ketika ini. YADIM juga sedar dan faham tentang keluh kesah masyarakat apabila isu ini timbul. Ia bukan sekadar tentang pemahaman akidah […]

Cadangan seragam undang-undang kesalahan jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja

KANGAR – Kerajaan akan menghadap Majlis Raja-raja tidak lama lagi berhubung cadangan untuk menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah antara negeri-negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Pada masa ini, undang-undang berkenaan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Raja-raja adalah ketua agama di negeri masing-masing. Sehubungan itu, Mujahid berkata […]