Home » Langit Terbuka » Sabah selaras program dan dasar Islam

Sabah selaras program dan dasar Islam

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di Forum Konvensyen al-Quran di Kota Kinabalu. – Foto NSTP

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan Hal Ehwal Islam dalam langkah menyelaraskan program serta dasar berkaitan agama Islam di negeri ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jawatankuasa terbabit juga mampu mengukuhkan usaha menyelaras semua aktiviti hal ehwal Islam seperti dakwah serta pendidikan di antara agensi negeri dan persekutuan.

“Pendekatan terbabit sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan telah diluluskan oleh kabinet negeri.

“Jawatankuasa ini membabitkan lebih 13 agensi agama Pusat serta negeri yang terdapat di Sabah.

“Ia termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Majlis Ugama Islam Sabah dan Tabung Haji.

“Dengan adanya jawatankuasa ini, kita yakin tiada lagi masalah seperti pertindihan program kerana secara dasarnya objektif semua agensi keagamaan adalah sama,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Forum Konvensyen al-Quran, di sini, pada 3 Mac.

Forum berkenaan diadakan sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sabah 2021.

Dalam pada itu, Mohd Arifin memaklumkan gerak kerja jawatankuasa terbabit sudah bermula namun hanya mahu menyelaraskannya sahaja ketika ini.

Katanya, pihaknya mahu semua agensi agama yang terdiri daripada agensi pusat dan negeri terus bersatu dalam melaksanakan misi serta visi dakwah, tarbiah serta kemasyarakatan khususnya di Sabah. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *