Larangan merokok perlu diperluas di pejabat, tempat kerja

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan diminta mempertimbangkan agar pelaksanaan larangan merokok diperluaskan di pejabat dan kawasan tertutup di tempat kerja khususnya tandas. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata perkara ini bagaimanapun perlu dibincang secara teliti antara pihak kementerian dan majikan sebelum dilaksanakan. Beliau berkata tindakan sesetengah perokok yang […]