Home » Langit Terbuka » Larangan merokok perlu diperluas di pejabat, tempat kerja

Larangan merokok perlu diperluas di pejabat, tempat kerja

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara berkata, larangan merokok di tempat kerja perlu dibincang secara teliti antara pihak kementerian dan majikan sebelum dilaksanakan. - Foto Ismaweb

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan diminta mempertimbangkan agar pelaksanaan larangan merokok diperluaskan di pejabat dan kawasan tertutup di tempat kerja khususnya tandas.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata perkara ini bagaimanapun perlu dibincang secara teliti antara pihak kementerian dan majikan sebelum dilaksanakan.

Beliau berkata tindakan sesetengah perokok yang merokok di dalam tandas boleh memudaratkan selain menjejaskan kesihatan orang lain.

“Saya sendiri pernah mengalami kepulan merokok di dalam tandas. Kita tahu perokok mahu merokok di tempat kerja dan mereka berbuat demikian di dalam tandas.

“Jadi, saya harap majikan dan kementerian dapat berbincang untuk menyediakan satu ruang merokok khas kepada pekerja yang ingin melepaskan gian merokok,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan para peserta larian, My Jantungku Run 2019 di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini. – Bernama

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *