Undang-undang syariah tak perlu pakar bukan Islam

SHAH ALAM – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan bahawa, pakar bukan Islam tidak perlu dilantik bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Beliau berkata, tiada keperluan meletakkan pakar bukan Islam dalam jawatankuasa itu kerana dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini terdapat ramai golongan […]

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (pindaan) 2019, diluluskan

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 25 April meluluskan pindaan bagi Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (pindaan) 2019. Pindaan itu dibentangkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan diluluskan selepas bacaan kali ketiga. Aminuddin dalam ucapan pembentangannya berkata pindaan itu yang bertujuan meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga […]

Jangan hanya tumpu ibadah khusus, tapi abai alam sekitar, kata mufti P. Pinang

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang mengingatkan umat Islam mengenai tanggungjawab agama mereka untuk melindungi alam sekitar. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ada umat Islam di negara ini yang dilihat sudah melupakan konsep ibadah yang meliputi tingkah laku dalam semua aspek kehidupan dan hubungan mereka dengan semua ciptaan. Katanya, beliau bersetuju dengan pencinta alam […]

Kerajaan kaji wujudkan undang-undang pengabaian ibu bapa

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan akan membuat kajian mengenai pelan tindakan warga emas dalam usaha memastikan golongan berkenaan tidak diabaikan oleh anak-anak. Timbalan Perdana Menteri, berkata kajian menyeluruh dikenali sebagai Kajian Diagnostik Model Penjagaan Warga Emas itu bagi merangka aspek penjagaan golongan berkenaan untuk jangka masa panjang. Katanya, […]

Undang-undang baharu untuk lindungi institusi diraja

PUTRAJAYA – Undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripada dihina dan diserang pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, pindaan akan turut dibuat pada undang-undang sedia ada bagi tujuan yang sama. “Sistem negara kita ialah sistem Raja Berperlembagaan. Jadi kerajaan perlu sentiasa […]

Hasil kajian indeks syariah diketahui akhir tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Keputusan penyelidikan mengenai urusan pentadbiran negara yang diukur melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) akan diketahui akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata penyelidikan itu merangkumi lapan sektor utama iaitu undang-undang, ekonomi, kesihatan, pendidikan, politik, sosial, budaya dan prasarana persekitaran. […]