Home » Langit Terbuka » Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (pindaan) 2019, diluluskan

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (pindaan) 2019, diluluskan

Menteri Besar Negeri Sembilan dalam ucapan berkata, pindaan itu bertujuan meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan Undang-undang Islam. - Foto FB

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 25 April meluluskan pindaan bagi Rang Undang-Undang berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (pindaan) 2019.

Pindaan itu dibentangkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Aminuddin dalam ucapan pembentangannya berkata pindaan itu yang bertujuan meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 itu adalah untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan Undang-undang Islam.

“Ia seterusnya bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam di Negeri Sembilan… untuk berikan hak kepada rakyat supaya lebih adil,” katanya.

Dalam pada itu, DUN Negeri Sembilan turut meluluskan lima jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Terpilih Untuk Melaksanakan Tugas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan Di Pentadbiran Negeri Sembilam; Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT); Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT); Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) dan Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui DUN.

Persidangan DUN ditangguhkan dan disambung Isnin ini. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *