Pulau Pinang bina hospital konsep zakat, wakaf

GEORGETOWN – Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengumumkan pembinaan hospital Islam berkonsepkan wakaf dan zakat yang pertama di wilayah utara. Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata Hospital Islam Pulau Pinang (HIPP) itu akan dibina di Bayan Baru di sini, dengan kos keseluruhan RM250 juta. Pembinaan hospital dengan kerjasama Yayasan Islam Pulau […]

Kerajaan teroka sumber baharu perkasa instrumen wakaf

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha meneroka sumber dan cara baharu bagi memperkasa instrumen wakaf di negara ini agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata masih banyak boleh dilakukan kementerian untuk memajukan institusi wakaf di negara ini, yang pada pandangan beliau, kurang diberi tumpuan kerajaan terdahulu. “Tanpa […]

Pusat Hemodialisis HTF, ikon wakaf kesihatan terbesar di Malaysia

KANGAR – Pusat Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, yang sedang dalam pembinaan, bakal menjadi ikon wakaf kesihatan iaitu bagaimana sumbangan oleh sesebuah masyarakat Islam itu, mampu memajukan sosio ekonomi ummah di negara ini. Pengurus Besar yang juga Ketua Pegawai Syariah Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd. Nazri Chik berkata, pusat itu […]

‘Kurang ilmu punca sikap buruk siku’

SHAH ALAM: Waris yang kurang pengetahuan mengenai isu wakaf, menyebabkan ada dalam kalangan mereka tampil menuntut kembali harta yang sudah diwakafkan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Anuar Hamzah Tohar, berkata dalam kebanyakan kes, waris terbabit memberi alasan proses wakaf yang berlaku tidak mempunyai saksi. “Alasan mereka, (proses wakaf) tiada saksi. Malah, ada […]

Jutawan wakafkan semua harta

BELIAU berjaya mencipta kejayaan di pelbagai bidang, termasuklah pembuatan dan import eksport, perniagaan barangan kulit, perabot, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi. Perniagaannya bercawangan sehingga ke London, Australia dan seluruh Indonesia dengan rangkaian perniagaannya menjana jutaan ringgit. Acap kali kisahnya tersiar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca televisyen sebagai usahawan […]