Pengurus harta wakaf digesa teroka potensi ekonomi harta wakaf

KUALA LUMPUR – Pengurus-pengurus harta wakaf dan pihak yang berkaitan dengan pembangunan dan pentadbiran harta berkenaan digesa supaya lebih kreatif dalam meneroka potensi ekonomi penggunaan harta wakaf. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata ketika ini terdapat banyak tanah-tanah wakaf yang dilaporkan tidak dibangunkan dengan baik. “Menurut Yayasan Wakaf Malaysia, hanya 12 […]

Fahami jenis tanah wakaf sebelum buat dakwaan

ALOR SETAR – Salah faham terhadap jenis tanah wakaf menyebabkan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sering didakwa gagal membangunkan harta itu di sekitar negeri ini. Menafikan MAIK gagal membangunkan tanah wakaf, Setiausaha MAIK, Datuk Abdul Rahman Ismail, berkata sebahagian besar tanah wakaf di bawah majlis adalah tanah wakaf khas. “Keluasan tanah wakaf khas yang hampir […]

Rang Undang-Undang Waqaf dibentang di Parlimen Oktober depan

BANGI – Rang Undang-Undang bagi menambah baik pengurusan waqaf akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, draf bagi Rang Undang-Undang itu juga sudah siap dan hanya menunggu masa untuk di bentang di Dewan Rakyat Oktober depan. Menurut beliau, isi kandungan Rang Undang-Undang itu antaranya ialah […]

Akta Wakaf perlu jawatankuasa peneliti sebelum dibentangkan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi merangka dan meneliti draf Akta Wakaf yang dalam perancangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Ahli Parlimen Parti Buntar itu, jawatankuasa berkenaan akan dibarisi pakar-pakar perunding komputer dan pakar kewangan Islam kerana ia membabitkan regulatori melibatkan […]

Tiada laluan LRT di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, tanah kubur

GEORGETOWN – Laluan transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas tidak akan membabitkan kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar dan tanah wakaf kubur. Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri memutuskan demikian selepas Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bermesyuarat mengenainya baru-baru ini. Sehubungan itu, katanya, pembinaan struktur baharu masjid […]

Sultan Johor bayar zakat RM5 juta

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019. Pembayaran zakat tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini (20 Mei). Majlis tersebut dikongsi dalam posting menerusi Facebook rasminya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Memetik posting tersebut, […]

Akta Wakaf siap enam bulan

PARIT BUNTAR – Inisiatif mewujudkan Akta Wakaf bagi mengawal selia aktiviti wakaf di peringkat Pusat bakal disiapkan dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Akta Wakaf dirangka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu kini dalam proses kajian dan drafn membabitkan regulatori yang cukup kuat perlu […]

Masjid hasil pampasan 6 mangsa MH17 dibuka di Kuching

KUCHING – Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas kapal terbang MH17, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee apabila hasrat untuk membina sebuah masjid hasil daripada wang pampasan insiden itu terlaksana dan dibuka untuk awam semalam. Kos pembinaan Masjid Al Ghazali dengan reka bentuk serba moden berwarna kelabu yang terletak di Jalan […]

RUU wakaf akan dibentang di Parlimen akhir tahun ini

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang untuk mewujudkan akta wakaf dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini bagi bertujuan menguruskan dana sumbangan itu secara lebih baik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata draf rang undang-undang itu telah siap dan kini sedang diteliti oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kewangan (MoF). “Kita perlu berbincang […]

Sistem ekonomi Islam boleh bantu MAS

KUALA LUMPUR – Sistem wakaf merupakan antara alternatif yang boleh digunakan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dengan mengambil kira kekuatan ekonomi masyarakat Islam pada masa ini. Memandangkan perniagaan penerbangan melibatkan kos yang tinggi mencecah berbilion ringgit, mungkin sebahagian kepentingan atau pemilikan syarikat itu terbuka untuk diwakafkan oleh sesiapa manakala selebihnya tetap […]