YADIM Peduli Santuni Pemandu Teksi Dan E Hailing

SEMELING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah turut tidak ketinggalan menyantuni para pemandu teksi dan E Hailing di negeri ini yang terkesan dengan penularan Covid-19. Bertempat di Jeti Semeling di sini padsa 29 Mac, seramai 120 pemandu dari daerah Kuala Muda menerima sumbangan barangan keperluan dalam satu majlis ringkas di sini. Ia disempurnakan oleh […]

YADIM Peduli di AADK Kulim

KULIM – Kerjasama yang terjalin antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan nyata membawa manfaat untuk banyak pihak. Terbaharu pada 28 Mac, seramai 40 klien agensi berkenaan menyertai program YADIM Bersamamu yang diadakan di AADK Kulim di Taman Impiana di sini. Ceramah bertajuk “Cabaran Akidah dan Penyucian Jiwa” dalam program […]

Tahsin Ibadah Sembelihan Taman Ria Jaya

SUNGAI PETANI – Usaha dakwah Yayasan Dakwah Islamah Malaysia (YADIM) dilaksanakan dalam pelbagai bentuk meliputi semua lapisan masyarakat. la dilaksanakan bukan sahaia dalam bentuk dakwah secara lanasung tetapi juga dari segi pengisian imu sebagai panduan hidup. Sesuai dengan hasrat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program Tahsin Ibadah Sembelihan telah diadakan kepada […]

Sumbangan untuk mangsa ribut Sungai Limau

YAN – Satu kejadian ribut telah berlaku pada 24 Mac di sekitar kawasan Sungai Limau di sini mengakibatkan beberapa kediaman mengalami kerosakan. Bertindak segera atas kejadian tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 25 Mac telah tampil menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian bagi menyantuni mangsa mangsa kejadian. Antara kawasan yang terlibat termasuklah Kampung […]

Asnaf Ruat terima sumbangan YADIM Kedah

YAN – Seramai 10 penduduk di Kampung Ruat di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Mac. Mereka yang disantuni terdiri daripada individu sakit terlantar, warga emas,  asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Hadir ke program ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Kampung Ruat Haji Kamruzzaman […]

Ziarah YDP YADIM ke atas pengasas Maahad Tahfiz As Solehah

ALOR SETAR – Dalam perjalanan ke Kangar untuk program pada 20 Mac, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan sempat meluangkan masa menziarahi mudir sebuah sekolah tahfiz di sini. Bersama Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, beliau menziarahi Al Fadhil Ustaz Mohamad@Fauzi Husin di kediamannya di Maahad As Solehah, […]

Ceramah Israk Mikraj PUSPEN Serdang

SERDANG – Dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini, seramai 200 peserta pusat ini telah mengikuti sesi ceramah Israk Mikraj bertajuk ‘Rahsia Sebalik Israk & Mikraj’ yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Che Rush dari UF Consultancy. Program kerjasama secara berkala dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ini merupakan antara pengisian pemulihan untuk […]

YADIM Peduli di Sungai Limau

YAN – Seramai 60 keluarga di Sungai Limau di sini, menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi program Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Peduli. Para penerima merupakan penduduk yang dikenalpasti memerlukan di Kampung Batu 16, Kampung Batu 17, Kampung Batu 18 Dalam dan Kampung Titi Batu. Program ini diadakan dengankerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri […]

YADIM Kedah sumbang barangan keperluan untuk mualaf

SUNGAI PETANI – Seramai 20 orang mualaf di di Pusat Talaqqi Al Mursyidin di sini, disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Mac. Mereka menerima 20 pek barangan keperluan harian dan sedikit wang tunai. Hadir mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria,  Pengasas dan Mudir Pusat Talaqqi Al […]

YADIM Peduli Di Kumoi

SIMPOR – Menyedari ramai golongan kehilangan pendapatan dalam tempoh ancaman pandemik COVID-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah oada 7 Mac tampil menyantuni golongan asnaf dan ibu tunggal di Kampung Kampung Kumoi dan Kampung Sungai Siam. Sebanyak 8 keluarga di kedua kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM Kedah. Program ini djayakan dengan […]