Home » Citra Yadim » Ziarah YDP YADIM ke atas pengasas Maahad Tahfiz As Solehah

Ziarah YDP YADIM ke atas pengasas Maahad Tahfiz As Solehah

ALOR SETAR – Dalam perjalanan ke Kangar untuk program pada 20 Mac, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan sempat meluangkan masa menziarahi mudir sebuah sekolah tahfiz di sini.

Bersama Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, beliau menziarahi Al Fadhil Ustaz Mohamad@Fauzi Husin di kediamannya di Maahad As Solehah, di Kuala Kangkung di sini.

Al Fadhil Ust Mohamad@ Fauzi merupakan mudir dan pengasas Maahad Tahfiz As Solehah di sini yang menjalani pembedahan pintasan jantung tiga minggu lalu.

Ustaz Nasrudin juga turut mengimamkan solat hajat memohon kesembuhan untuk Ustaz Mohamd@Fauzi.

Dalam pada itu, pada hari yang sama juga, beliau menziarahi dan mengimamkan solat jenazah sahabatnya, Ustaz Abdullah Isa Hamid di Masjid Kampung Sadik, Baling yang meninggal dunia pagi tadi (19 Mac).

Sedikit sumbangan turut disampaikan. Sama sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Artikel Berkaitan

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *