Remaja Soleh Solehah (RES 2) di SMK Kamil PASIR PUTEH – YADIM Kelantan telah menganjurkan Program Remaja Soleh Solehah (RES 2) di daerah ini pada 20 Jun. Diadakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, program ini bertujuan memberikan motivasi kepada para pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran disamping menghormati dan menyayangi ibu bapa dan guru. […]

Ziarah Mangsa Kebakaran di Berek 12

KOTA BHARU – Empat hari sebelum Aidilfitri, enam keluarga di Kampung berek 12 di sini diuji dengan musibah kebakaran. Terdapat kediaman mereka yang musnah sama sekali dalam kejadian ini, manakala ada yang sebahagian sahaja. Namun persiapan menyambut Aidilfitri sudah pasti terjejas sama sekali. Punca kejadian dikatakan akibat litar pintas. Prihatin dengan nasib keluarga yang ditimpa […]

Edaran Bubur Lambuk di Pasar Besar Tanah Merah

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketujuh dengan yang terbaharu diadakan di hadapan Pasar Besar Tanah Merah pada 27 April. Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Tanah Merah. Turut diedarkan kepada orang ramai pelekat ‘Jom Ke Masjid’ sebagai kempen […]

Edaran Bubur Lambuk di Bazar Ramadan Guchil

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali keenam dengan yang terbaharu diadakan di Bazar Ramadhan Guchil pada 21 April. Sebanyak 300 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jajahan Kuala Krai. Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Ketua […]

YADIM Interaktif : 5 Minit Jer di Mydin Mall Kota Bharu

KOTA BHARU – Luangkan masa lima minit membaca Al Quran. Ringkas namun memberi impak yang cukup baik kepada masyarakat. Demikian program yang dianjurkan YADIM Kelantan pada 19 April di Mydin Mall di sini. Menerusi program ini, semua aktiviti di pasar raya dihentikan dan para pengunjung serta orang ramai meluangkan masa selama lima minit membaca surah […]

Iftar bersama Pusat Pemulihan Akhlak Machang

KERJASAMA strategik bersama jabatan kerajaan tidak seharusnya dihadkan kepada program di lapangan semata mata, sebaliknya juga perlu melibatkan usaha mengeratkan ukhuwah bersama kakitangan jabatan. Mengambil semangat tersebut, YADIM Kelantan pada 17 April bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Akhlak Machang mengadakan Majlis Iftar bersama, yang diadakan di padang jabatan berkenaan. Seramai 500 kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, […]

Edaran Bubur Lambuk YADIM Kelantan

PROGRAM edaran Bubur Lambuk oleh YADIM Kelantan Ramadan ini memasuki kali ketiga dengan yang terbaharu diadakan di Dataran Machang pada 17 April. Sebanyak 450 pek Bubur Lambuk diedarkan oleh YADIM Kelantan yang turut dibantu oleh Rakan Siswa YADIM (RSY) Kelantan. Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan Pengerusi RSY Kelantan, […]

Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan warga SK Demit

KOTA BHARU – YADIM Kelantan meneruskan program menyantuni rakyat menerusi pelbagai pendekatan pada Ramadan ini. Selain mengadakan pengisian ilmu kepada hadirin menerusi Kuliah Dhuha Ramadan di Masjid Al Husna, Baung Ayam di sini, turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada 60 keluarga pelajar B40 Sekolah Kebangsaan (SK) Demit. Dalam program ini, ibu bapa menerima barangan keperluan […]

Barakah Sahur Bersama YADIM

PENGAWAL keselamatan juga merupakan kelompok barisan hadapan yang bukan kecil peranan mereka. Justeru sebagai menghargai dan menyantuni mereka, sebanyak 112 pek makanan diedarkan kepada pengawal keselamatan di tiga lokasi di sekitar Kota Bahru oleh YADIM Kelantan menerusi program Barakah Sahur Bersama YADIM pada 15 April. Program dimulakan dengan penyampaian sebanyak sembilan pek kepada pengawal keselamatan […]

Iftar saudara kita bersama MACMA Kelantan

KOTA BHARU – Bertempat di pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Kelantan di sini, telah diadakan program Iftar Bersama Saudara Kita pada 14 April. Program bersama YADIM Kelantan ini dihadiri seramai 65 orang saudara kita daripada kalangan ahli ahli MACMA di negeri ini. Ia dimulakan dengan tazkirah daripada Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang, sebelum […]