Home » Citra Yadim » Iftar bersama Pusat Pemulihan Akhlak Machang

Iftar bersama Pusat Pemulihan Akhlak Machang

KERJASAMA strategik bersama jabatan kerajaan tidak seharusnya dihadkan kepada program di lapangan semata mata, sebaliknya juga perlu melibatkan usaha mengeratkan ukhuwah bersama kakitangan jabatan.

Mengambil semangat tersebut, YADIM Kelantan pada 17 April bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Akhlak Machang mengadakan Majlis Iftar bersama, yang diadakan di padang jabatan berkenaan.

Seramai 500 kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, bersama ahli keluarga mereka menyertai program ini.

Hadir ke program ini ialah Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Tuan Rosli Abdul Rahman dan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang yang telah menyampaikan tazkirah Nuzul Al Quran sebagai salah satu pengisian program.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *