YADIM Pulau Pinang santuni asnaf Seberang Perai

SIMPANG AMPAT – Baru baru ini telah berlangsung program YADIM Peduli di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri ini turun padang menyantuni golongan sasaran yang terkesan dengan musibah Covid-19. Seramai 100 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan. […]