Home » Citra Yadim » YADIM Pulau Pinang santuni asnaf Seberang Perai

YADIM Pulau Pinang santuni asnaf Seberang Perai

SIMPANG AMPAT – Baru baru ini telah berlangsung program YADIM Peduli di kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang menyaksikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) negeri ini turun padang menyantuni golongan sasaran yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Seramai 100 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian yang disampaikan oleh Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan.

Program bermula di Tabika Perpaduan Taman Puteri Gunung di sini dengan seramai 70 keluarga menerima sumbangan.

Dalam ucapan ringkasnya, , Afifi memperkenalkan fungsi YADIM kepada semua yang hadir dan memaklumkan mengenai skuad Sukarelawan YADIM yang akan ditubuhkan mengikut daerah.

YADIM menurutnya akan terus melaksanakan program lapangan yang memberi manfaat pada semua.

Selesai acara di tabika berkenaan, para peserta program kemudiannya meneruskan ziarah ke rumah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap Utara.

Program ini mendapat kerjasama Sukarelawan YADIM Seberang Perai Selatan yang diketuai Jahan Shamsushudeen dan dibantu Moud Norhiesam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *