Home » Langit Terbuka » ‘Tak boleh tahan godaan dunia… duit zakat macam bom atom’ – Mohd Na’im

‘Tak boleh tahan godaan dunia… duit zakat macam bom atom’ – Mohd Na’im

Mohd Na’im bermesra dengan penerima anugerah pada Konvokesyen Kali Ke-17 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

SERDANG: Kerajaan akan meneliti kelompongan dalam pengagihan zakat bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam soal pemberian kepada golongan memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya tidak menafikan terdapat individu yang tidak amanah dalam soal pemberian zakat seperti berlaku di Terengganu baru-baru ini.

“Apa yang berlaku di Terengganu, saya tak boleh nafikan dalam ramai itu, mungkin ada satu, dua atau tiga yang tidak amanah.

“Mereka tak boleh tahan dengan godaan dunia menyebabkan berlakunya salah guna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kali ke-17 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.

Baru-baru ini dilaporkan, pengerusi masjid di Chukai, Terengganu direman enam hari hingga 10 November, disyaki mengemukakan senarai nama asnaf berstatus miskin yang tidak layak menerima zakat kepada sebuah badan kebajikan swasta.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *