Home » Langit Terbuka » Tolong Serah Semula Wang 1MDB – KP SPRM

Tolong Serah Semula Wang 1MDB – KP SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, dana daripada 1MDB yang mengalir ke akaun yang dibekukan dianggap sebagai 'wang haram' dan perlu dipulangkan semula.

Kuala Lumpur – Semua pemilik akaun yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengembalikan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara sukarela bagi mengelak tindakan undang-undang termasuk dilucutkan harta dan saman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, dana daripada 1MDB yang mengalir ke akaun yang dibekukan dianggap sebagai ‘wang haram’ dan perlu dipulangkan semula.

“Semua akaun yang kami syaki terima dana 1MDB, SPRM bekukan. Kami meminta pemilik akaun termasuk milik individu, parti politik atau persatuan untuk tampil berjumpa dengan SPRM sekiranya ada masalah.

“Kami meminta mereka untuk tampil dan menyerahkan wang 1MDB secara sukarela, tetapi jika gagal tindakan undang-undang akan diambil,” katanya ketika sidang media sejurus melancarkan buku Corruption and Crime In Malaysia, Perception or Reality tulisan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar di Gerakbudaya Bookstore, Seksyen 11, Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya mengenai bentuk tindakan undang-undang yang bakal dikenakan kepada pemilik akaun yang engkar, Mohd Shukri berkata, Pasukan Petugas Khas 1MDB akan mengambil tindakan melucutkan harta dan saman.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan semua wang 1MDB yang mengalir ke mana-mana akaun akan dikembalikan semula dengan menggunakan semua bukti dan maklumat yang ada.

Mohd Shukri turut menegaskan kemungkinan jumlah akaun yang bakal dibekukan bagi memberi laluan kepada siasatan skandal 1MDB itu akan bertambah.

“SPRM tidak memberi notis kepada pemilik akaun sebelum dibekukan disebabkan tiada keperluan, malah ia seolah-olah memberikan amaran kepada pemilik akaun agar ‘mencuci’ akaun masing-masing,” katanya.

NSTP sebelum ini melaporkan sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB setakat ini.

Pembekuan akaun bank dilakukan pada 26 dan 29 Jun lalu membabitkan akaun milik individu, parti politik serta badan bukan kerajaan (NGO). – HARIAN METRO ONLINE

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354190/tolong-serah-semula-wang-1mdb-kp-sprm

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *