YADIM Zon Utara anjur Ziarah Kasih dan Street Dakwah Perlis

KANGAR 15 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjur program Ziarah Kasih dan Street Da`wah Perlis pada 11 Mei lalu yang melibatkan pelbagai aktiviti dakwah termasuk ceramah, lawatan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan edaran bahan informasi dakwah di beberapa lokasi di sini. Program ini turut dijayakan bersama oleh Jabatan Kebajikan […]

Kes penipuan umrah berkurangan

JASIN: Kes penipuan umrah mencatatkan pengurangan drastik apabila Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) mengambil tindakan segera mengekang kegiatan itu daripada berleluasa. Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata beberapa pertemuan yang dibuat bersama syarikat pengendali umrah sejak beberapa tahun lalu, berjaya menghalang penipuan pakej umrah terhadap orang ramai. Beliau berkata, pihaknya turut mengambil tindakan tegas […]

70 negara sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-59

KUALA LUMPUR, 14 – Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 bakal menyaksikan penyertaan daripada 70 buah negara. Majlis itu akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mulai esok sehingga Sabtu ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah itu, 22 negara mengambil […]

Optimum penggunaan filem sebagai medium dakwah

Oleh MOHD SHUKRI HANAPI Dr. Mohd Shukri Hanapi ialah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang Kepesatan pembangunan teknologi tidak patut dipinggirkan, sebaliknya perlu dilihat sebagai satu kelebihan dalam usaha memperkasa dan memperluaskan lagi skop gerakan dakwah masa kini. Kombinasi antara keduanya itu mampu menjadikan usaha penyampaian […]

Wacana Dakwah Israk dan Mikraj

KUALA LUMPUR 12 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Wacana Dakwah Forum Perdana yang membicarakan mengenai tajuk `Sambutan Israk Mikraj dan Sambutan Bulan Ramadhan dari Sudut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah’. Program itu yang diadakan pada 8 Mei lalu di Surau Nurul Hidayah, Kuchai Lama dilaksanakan dengan kerjasama jawatankuasa Surau Nurul […]

Tentera pelawak Muslim serang UK!

Oleh AZNAN MURAD Ceritanya mengenai Ramadan. Tajuknya “The Fast and The Fool”. Pelakon utamanya ialah Tez Ilyas, si pelawak Muslim berketurunan Pakistan. Ia merupakan salah satu episod dalam rancangan British Muslim Comedy yang disiarkan pada bulan Ramadan tahun lalu oleh BBC iPlayer, iaitu saluran televisyen internet untuk pengguna telefon pintar, komputer peribadi dan gajet di […]

Jelajah keretapi mendekati masyarakat pedalaman.

KOTA KINABALU 12 Mac – Program dakwah perlu dilaksanakan dengan meluas dan menggunakan kaedah yang kreatif agar lebih ramai golongan dapat didekati dan seterusnya mesej-mesej dakwah itu dapat disampaikan kepada mereka dengan lebih berkesan. Hal inilah yang cuba diterapkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah yang mengadakan program `Sayangi Saudara Kita (Ambang Ramadan) […]

Menyebarkan ilmu muamalah Islam

PUTRAJAYA 12 Mei – Bahagian Muamalah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya melaksana sesi ceramah mengenai muamalah Islam di beberapa kawasan termasuk luar bandar dalam usaha menyebarluaskan kefahaman mengenai perkara berkenaan kepada seluruh anggota masyarakat. Pengurus Eksekutifnya, Shahrizal Mat berkata, pada Mac lepas, program-program yang telah berjaya dilaksanakan adalah dua program Kembara Muamalah Masjid […]

MPWIM laksanakan Bicara Sakinah di markas TLDM

KUANTAN 12 Mei – Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya melaksanakan lima program Bicara Sakinah bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertempat di markas-markas TLDM di seluruh negara sejak tahun lepas. Eksekutif Kanan MPWIM, Norhayati Azmi berkata, setakat ini program berkenaan telah berjaya dilaksanakan di Lumut, Tanjung Pengelih, […]

Tribunal khas, bukan mahkamah, selesai rebutan anak ibu bapa lain agama

KUALA LUMPUR 12 Mei : Sebuah institusi pengajian Islam hari ini mencadangkan pertikaian hak penjagaan anak melibatkan pasangan Islam dan bukan Islam diselesaikan oleh tribunal khas dan bukan di mahkamah sama ada syariah atau sivil. Insitut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS) berkata cara itu dapat memberikan keadilan kepada kedua-dua pihak serta merungkai polemik yang […]